20091215
Reunion Planning
20091123
tak tau tajuk ape..hihi
bila dah sign in...da kua dashboard..pastu nak menaip...aduhhh...ada sedikit kemalasan...kelu lidah..(eh,type tak pakai lidah tau....i pakai jari jemari...)..tak tau nak tulis ape...tak pandai nak buat ayat bagai...tu yang kekadang...entri aku dihias gambar sajork...lets pic tell the story...

kuat cik marsha angkat encik mazlan pet pet
sebelom-sebelom ni aku tengok kat GSC atau pon MBO...tak pernah pon tengok kat Big Cinema.. ini adalah cerita pertama aku tonton kat Big Cinema...Dekat Batu Pahat ni...BigCinema ade dekat BPMall..first time masuk Big Cinema, takde la kurang ape..cantik..besar..tapi mase aku tengok Senario semalam...tak ramai pon yang tengok...kalau gelak...bole dengar gelak tawa aku... ;D
Pada aku..senario kali nie...ok kot...nak kate best sangat..tak kot..sebab dengar ketawa dalam panggung pon...cam nak taknak jek keluar ke disebabkan tak ramai mase tu...ntah la
tapi bagi aku...kurang bestnya la...kelakar sikit2 aje...haihhh tak tau la nak gambarkan...apa kata korang tengok sendiri...hehe, untuk movie ni aku bg 2.5/5 bintang aje...
Lepas abis aje...kitaorg apalagi...mengisi la perut yang minta diisi ni...tadi alas perut ngan popcorn aje tau....
Kitaorang makan dekat....Ahmas seafood...pada mereka yang duduk dekat batu pahat mesti dah biase dengan kedai ni kot...bdekatan ngan Tasek Merdeka...
Suami kesayangan ni memang selera dengan lauk-lauk ,...kalau tak masak stim ikan tu, ikan bakar, dan sayur kalau tak kailan mesti kangkung goreng belacan...telur dadar....dan kekadang ade gak tomyam. Memang kalau makan kat luar...itulah yang akan diorder...
macam lauk laen takde, aku nie, kenela ikut selera beliau.
ok semua...jmpe di laen entri, hrp2 aku rajin utk mengupdate lps nie..hehe
insyaAllah~
dush!dush!dush!
^_~
20091111
Email Dari Seorang Kawan..
SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI !!!!
SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”
Teringat pesan ayah di suatu petang...“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering bicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: “Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.
YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
*************************************************************************************
*buat suami..saye sayang kamu!
Aku Dan Dirimu
meleburkan semua batas
20091109
20091108
20091022
k.a.w.a.n

Aritu mase majlis kahwin aku, tak semua yang dapat datang, aku paham mereka ade komitmen lain..pada mereka yang hadir.. 'terima kasih atas kehadiran korang yang sama2 memeriahkan majlis aku, nanti bila giliran korang, insyaAllah aku datang!' (kalau diundang ;p)

seri, ayu, ezad, zana dan mai
** bukan mereka berlima aje, ade lagi..apiz, nana dan awin. Maaf, gambar korang takde dalam pendrive, nanti balik aku cari dlm CD, pastu aku upload okehhhh ;p
20091021
Danga Bay Part 1
cantikkk...kalau dapat rumah macam ni satu...kan best! aku selepas 2 bulan 11 hari mendirikan rumah dan tangga
Rumah Mersing
Rumah Kota Tinggi
bestnye kalau dapat satu nih
Danga Cruise 8
time nih dah nak balikkkk
('_*)
20091019
Adibah's Wedding
Diba pilih kaler apple green, semua hijau, pelamin hijau, baju hijau,baju family dia pon hijau... green wedding! hehe..
see..toll gate girls pon hijau :p
si pengantin lelaki
beginilah adat Johor..kebiasaannya akan ade 'duit tol' itu sebelum si pengantin lelaki dapat naik ke pelaminan
akhirnya... :p~ malu2 nampaknya mereka
ucapan aku untuk Adibah dan suami..semoga korang hidup bahagia bersama hingga ke hujung nyawa..amin. Pulang sekitar jam 3.30pm..hehe tp bukannya pulang terus ke rumah..aku dan suami pusing2 sekitar JB..last2 pegi Danga Bay...lame dah tak pegi...
Entri ke Danga Bay akan di upload kemudian..untuk upload gambar entri ni pon..macam bercinta ngan pc!!adoiiyai
:p
20091018
Birthday

20091017
20091013
Hari Indah...sangat indah pada aku!!!!!!!
lokasi: Rumah emak kesayangan
tarikh: 080809
andaman: Umizie Andaman, Parit Yaani.
okeh,dah2..ini jek..muntah pink tak..mahap la ye, bukan menunjuk, mengada2 atau ape2...just nak share jek...owh ye, sbnrnye ade lg sepasang baju, kimono...mane ntah gambarnya...hehe