saat paling indah

20091123

tak tau tajuk ape..hihi

bila bace bace blog blogger2 lain...best jek..tgk mereka2 yang rajin mengupdate dan mengupload gambar...
mase tu lah...hati dan perasaan aku ni tetiba jek datang aura kerajinan untuk update blog sendiri..yang kekadang aku tengok cam t'bengkalai jek blog aku nih...ade blogger lain mengupdate...sebulan je...tak kurang dari 30 entri...bile tengok blog sendiri...aduhhhh...sikit bebenor entrinya... padahal banyak nak berkongsi kisah suka dan duka...

bila dah sign in...da kua dashboard..pastu nak menaip...aduhhh...ada sedikit kemalasan...kelu lidah..(eh,type tak pakai lidah tau....i pakai jari jemari...)..tak tau nak tulis ape...tak pandai nak buat ayat bagai...tu yang kekadang...entri aku dihias gambar sajork...lets pic tell the story...
okaylah..selepas ni aku akan cube utk mengupdate blog aku nih...heee...

sebenonya aku nak cite pasal semalam..haha..semalam aku dan suami pergi menonton wayang...skema tol ayat... SENARIO THE MOVIE ~~beach boy~~!!!



kuat cik marsha angkat encik mazlan pet pet

sebelom-sebelom ni aku tengok kat GSC atau pon MBO...tak pernah pon tengok kat Big Cinema.. ini adalah cerita pertama aku tonton kat Big Cinema...Dekat Batu Pahat ni...BigCinema ade dekat BPMall..first time masuk Big Cinema, takde la kurang ape..cantik..besar..tapi mase aku tengok Senario semalam...tak ramai pon yang tengok...kalau gelak...bole dengar gelak tawa aku... ;D

Pada aku..senario kali nie...ok kot...nak kate best sangat..tak kot..sebab dengar ketawa dalam panggung pon...cam nak taknak jek keluar ke disebabkan tak ramai mase tu...ntah la

tapi bagi aku...kurang bestnya la...kelakar sikit2 aje...haihhh tak tau la nak gambarkan...apa kata korang tengok sendiri...hehe, untuk movie ni aku bg 2.5/5 bintang aje...

Lepas abis aje...kitaorg apalagi...mengisi la perut yang minta diisi ni...tadi alas perut ngan popcorn aje tau....

Kitaorang makan dekat....Ahmas seafood...pada mereka yang duduk dekat batu pahat mesti dah biase dengan kedai ni kot...bdekatan ngan Tasek Merdeka...


Suami kesayangan ni memang selera dengan lauk-lauk ,...kalau tak masak stim ikan tu, ikan bakar, dan sayur kalau tak kailan mesti kangkung goreng belacan...telur dadar....dan kekadang ade gak tomyam. Memang kalau makan kat luar...itulah yang akan diorder...
macam lauk laen takde, aku nie, kenela ikut selera beliau.

ok semua...jmpe di laen entri, hrp2 aku rajin utk mengupdate lps nie..hehe

insyaAllah~

dush!dush!dush!

^_~

20091111

Email Dari Seorang Kawan..

Tadi..bila aku check email, dlm inbox aku..ade email dari emma (classmate+roomate aku mase study dulu)...tak tau la emma dapat email ni dari mane...dia forward pada aku dan kwn2 yang lain... Katanya ditujukan untuk yang dah kahwin, bakal berkahwin mahupon pada sesiapa yang ingin tahu pasal suami...haha aku plak, of course la aku baca. Bila aku baca...tetiba aku touching, ntah kenapa...mungkin sebab sehari sebelum, aku ade selisih faham sikit ngan suami..hehe, tapi, yela kan kita ni manusia, mesti ade silapnya..lebih-lebih lagi dah hidup berumahtangga, suami isteri mesti ade rajuknya.. Ok, bacalah ye...
*************************************************************************************
khas buat yg dah kawin , dan yg baru nak kawin, atau ingin tahu pasal `SUAMI' hehehehe bersyukurla.. pandang banyak kebaikannye..bukan keburukkanye........ kite pon bukan PERFECTOOOOOOOOOO hehehe :) enjoy reading! TAPI KALAO siSUAMI TU `HAMPEH` lu FIKIRLA SENDIRI hehehe :)

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI !!!!

SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering bicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud: “Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka
Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

*************************************************************************************


*buat suami..saye sayang kamu!

Aku Dan Dirimu

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap
sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian
jika sang waktu bisa kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita...
*best lagu ni..one of my favourite! Ketika entri ini ditulis..aku sedang mendengarnya..huuu

20091109

Panasss!!!

Maya Karin dan Fazura! Dua aktor yang aku suka tengok..of course diorang cantik kan..bab lakonan...emm..not bad! Lagi-lagi dlm Pisau Cukur, cantik, baju pon cantik-cantik..i loikke..


Oh My Gucci! Oh My Prada! Oh My Jimmy Choo!!!!!!
*wink*

20091108

Phobia 2





Semalam aku pergi tengok filem nih..PHOBIA2...lebih seram dan lebih best dari PHOBIA...

Tak caye?? Pergi beli tiket wayang dan saksikanlah sendiri..!! Tak rugi korang tengok filem nih...giler best!



* aku bg 4 star!!! ;p